SAAT melangkah masuk ke kediaman milik pasangan
suami isteri, Nurlailah Khadijah Awaluddin dan Amir Hamzah Mansor yang
terletak di Dengkil, Selangor hati terus jadi tertawan dengan dekorasi
elegan dan glamor pada ruang tamu rumah tersebut.
Mana tidaknya, hiasan
dalaman ruang itu mempunyai nilai artistik tersendiri yang menggambarkan cita
rasa pemiliknya yang gemarkan suasana eksklusif.
Nurlailah yang juga ibu
kepada tiga cahaya mata memberitahu, inspirasi menghias ruang itu sebenarnya
hasil daripada pemerhatian dekorasi hotel-hotel terkemuka yang sempat dikunjunginya
ketika bercuti bersama keluarga.
Pemilihan langsir dari rona biru gelap yang disuai padankan dengan
warna kelabu memberi karakter tersendiri pada ruang tamu.
"Alhamdulillah
kesempatan kami sekeluarga menginap di beberapa hotel di dalam dan luar negara
memberi idea untuk menghias kediaman saya.
"Setiap kali
berkesempatan menginap di hotel mewah saya sering kagum dengan dekorasi pada
bahagian lobi yang setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan dan
ciri-ciri tersendiri.
"Dari situ saya
ambil idea untuk diterapkan dalam hiasan dalaman rumah saya agar nampak seperti
sebuah hotel yang mewah dan glamor," katanya.
Pemilihan aksesori berwarna emas yang sedondon dengan permaidani
idea buat penggemar dekorasi.
Tambah Nurlailah, 32,
dia sangat menitikberatkan hiasan dalaman di ruang tersebut kerana ia adalah
tempat untuk mereka sekeluarga beristirehat selain melayan tetamu yang
bertandang.
Bercakap lanjut mengenai
dekorasi ruang tamunya, Nurlailah memberitahu dia memilih warna tanah iaitu
kelabu pada dindingnya selain membuat Wainscoting atau panel kayu dinding bagi
mendapatkan impak elegen dan mewah.
Warna pada dinding itu
menjadi asas kepada Nurlailah dalam memilih warna perabot, selain aksesori
tambahan bagi melengkapkan rekaan ruang tamunya.
Tambahan pokok hijau yang diletakkan dalam bakul anyaman mengkuang
elemen kemelayuan pada dekorasi mewah.
Atas dasar itu juga, dia
memilih kerusi malas dari rona sama selain menambah warna biru gelap pada
langsir selain karpet berwarna coklat bagi melengkapkan gaya dimahukan.
"Dalam menghias
rumah ini, kita perlu bijak memilih warna dinding dan itu akan menjadi rujukan
dalam pemilihan perabot dalam kumpulan warna sama.
"Saya tidak lari
daripada konsep itu namun membuat padanan mengikut kesesuaian dan mengehadkan
penggunaan warna pada perabot agar ia tidak kelihatan carca marba.
Akuarium dengan bingkai emas adalah hasil rekaan pemilik.
"Malah sebenarnya
perabot-perabot saya walaupun kelihatan mahal tetapi sebenarnya saya beli
dengan harga berpatutan seperti di SSF atau pun Ikea," katanya.
Tambahnya lagi, bagi
memberikan impak berbeza pada ruang itu, dia turut melengkapkan ruang tamu
dengan akuarium yang dibina di dalam dinding - paling penting ia adalah usaha
sendiri mereka suami-isteri.
"Awalnya mahu
tempah tetapi harganya mencecah RM7,000 jadi kami ambil keputusan untuk buat
sendiri dan ia hanya mengeluarkan kos RM2,000," katanya.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Dekorasi ruang tamu yang berinspirasikan hiasan dalaman hotel. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
