Seorang pelajar
perempuan Tingkatan Lima cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat
empat di sebuah sekolah di Alor Setar, Isnin.
Pengarah Kesihatan Kedah
Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), di sini menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada
pukul 7.04 pagi, dan pelajar berkenaan ditempatkan ke Zon Merah sebaik tiba di
hospital pada pukul 7.40 pagi.
"Pelajar itu tidak
sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal yang memerlukan alat bantuan
pernafasan. Dia dirawat oleh doktor pakar Kecemasan dan Trauma serta pakar
pembedahan dan pakar Ortopedik.
"Hasil pemeriksaan
mendapati pelajar itu mengalami kecederaan patah tulang di bahagian tengkuk,
kedua-dua peha kanan dan kiri, selain luka di bahagian dahi kanan," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Dr Norhizan berkata
pasukan doktor pakar masih berusaha untuk menstabilkan keadaan pelajar itu.-
Bernama
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Budak perempuan tingkatan 5 jatuh dari tingkat 4. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
