Sebuah masjid lama
kurun ke-15 di Turki dipindahkan ke lokasi baru dengan menggunakan jentera khas
ke kawasan baru bagi memberi laluan kepada pembangunan sebuah empangan. Masjid
berkenaan dikatakan dipisahkan kepada dua bahagian sebelum diangkut.
Para pekerja terpaksa
memisahkan Masjid Eyyubi yang sudahpun berusia ratusan tahun
disebabkan saiznya yang besar. Masjid berkenaan dipindahkan daripada sebuah
kota lama Hasankeyf di wilayah Batman.

Kota berkenaan
dijangka akan ditenggelami air sepenuhnya apabila kerja-kerja membina empangan
keempat terbesar di Turki, Empangan Ilısu siap sepenuhnya.
Bahagian terakhir
masjid berkenaan yang dianggarkan seberat 2,500 tan dipindahkan minggu lepas
selepas dua lagi bahagian masjid tersebut sudahpun berjaya dipindahkan pada
awal tahun 2018.

Selain struktur masjid
berusia 610 tahun itu, beberapa lagi monumen-monumen kerajaan lampau turut
dipindahkan ke kawasan baru yang diusahakan sejak 2017 lagi. Ini termasuklah
monumen-monumen keagamaan dua agama utama dunia iatu agama Kristian dan Islam
termasuklah daripada era Byzantine.
Secara keseluruhan,
Masjid Eyyubi yang dianggarkan mempunyai berat sebanyak 4,600 tan itu
memerlukan jentera khas dan dilengkapi sebanyak 300 roda untuk dipindahkan.


Kota Hasankeyf
mendapat status perlindungan pada tahun 1981 mempunyai sejarah yang lama dan
boleh dijejak sehingga 2000 tahun ke belakang melibatkan sembilan tamadun.
Proses pemindahan ini berlaku secara aman.
Sumber: Dailymail
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini (Video) Kerajaan Turki Berjaya Pindahkan Masjid Berusia 600 Tahun. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
