Gadis berusia 13 tahun ini diejek sebagai ‘Gadis Sampah’, dibuli
oleh rakan-rakan selain turut dipulau hanya semata-mata dia gemar memungut
sampah yang dibuang di tepi jalan, tetapi usahanya setiap hari terbalas apabila
mula disanjung dunia.
Nadia Sparkes,
berasal daripada Norfolk, England ini bagaimanapun enggan perbuatan nakal
segelintir rakan-rakannya itu menjadi penghalang kepada niatnya yang mahu
melihat Bumi menjadi lebih bersih.
Malah,
selepas dia diangkat menjadi Duta kepada Tabung WEF, Nadia beralih daripada
gadis sampah dan menjadi sensasi media sosial yang baru. Terkini, akaun media
sosial milik Nadia sudahpun diikuti lebih ribuan netizen yang menyanjungi
usahanya selama ini.
Semenjak
dia memulakan ‘kerja amal’ tersebut, Nadia sudahpun berjaya mengumpul sampah
melebihi 1,000 liter yang boleh mengisi sebanyak 40 buah tong sampah dapur.

Setiap
hari dengan basikalnya, Nadia bergerak awal sejam menuju ke sekolah bagi
memberikan ruang kepada dirinya untuk membersihkan jalan yang digunanya setiap
hari. Bukan itu sahaja, Nadia juga sering sampai lewat ke rumah kerana dia
melakukan perkara yang sama ketika pulang daripada sekolah.
Awal
tahun ini, Nadia yang juga seorang pelukis berbakat cuba memberikan motivasi
kepada dirinya apabila menghasilkan satu lukisan mengenai dirinya sendiri
dimana ejekkan ‘Gadis Sampah’ dilakar menjadi watak seorang wira.
Usahanya
membuatkan hasil apabila diberi kolum khas oleh Eastern Daily Press untuk
menerbitkan kartun mengenai Trash Girl’ dalam menyampaikan mesej kesedaran
terhadap orang ramai. Malah, Nadia turut mengeluarkan cenderamatanya sendiri
bagi mengumpul dana untuk membolehkannya membeli botol air dan diagihkan kepada
para pelajar sekolah.

Menurut
ibunya, Paula Sparkes, niat Nadia adalah mahu menyedarkan orang ramai
terutamanya mengenai keburukkan sampah, namun biar apa pun pencapaian hari ini,
ejekkan Gadis Sampah masih lagi kedengaran.
”Ia sangat sukar untuk mengubah sikap remaja. Nadia sering kali
merasa sendirian dalam usahanya memungut sampah, namun menyedari semua orang
sepertinya merasakan perkara yang sama.
”Dia cuba membina komuniti yang mahu bersama-sama dengannya
untuk mengubah dunia ke arah lebih bersih. Dia berjaya, malah dia dihubungi
oleh ramai aktivis daripada seluruh dunia.
”Kami sangat berbangga dengannya”, kata Paula.
Sumber: BBC
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan, Akhirnya Disanjung Dunia. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
