Sponsored
loading...

Mana-mana wanita ‘termengandung’ dan tak nak ‘baby’ carilah Abby Abadi

Mana-mana wanita ‘termengandung’ dan tak nak ‘baby’ carilah Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi merayu kepada mana-mana wanita yang terfikir untuk membuang bayi mereka akibat terlanjur agar tidak berbuat demikian sebaliknya boleh menghubunginya.

Abby berkata, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.
"Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby, sahabat!

"Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu-bapa yang sudi nak menjaga dia... Kenapa buang macam ini?

"Tolong, adik, kakak, makcik... Kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga... Please!," katanya di Instagram.

Mana-mana wanita ‘termengandung’ dan tak nak ‘baby’ carilah Abby Abadi

Abby terkesan dengan berita terbaharu pembuangan seorang bayi di sebuah surau pada Ahad.

Abby memuat naik status itu selepas terkesan dengan laporan mengenai kes penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di sebuah surau di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Pada Jun lalu, Abby dan suami, Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki, Muhammad Daiyan Fayyadh.

Pasangan itu kemudiannya mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.

Abby mempunyai tiga cahaya mata lain hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Mana-mana wanita ‘termengandung’ dan tak nak ‘baby’ carilah Abby Abadi. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top