TINDAKAN lelaki yang ingin memecah tabung milik sebuah masjid di Tasek Gelugor, tidak kesampaian apabila dia dicekup sekumpulan penduduk kampung, hari ini.
Perbuatan suspek berusia 56 tahun itu disedari imam masjid yang melalui kawasan berkenaan pada 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian, suspek dilihat sedang memecah tabung yang terdapat di kaki lima masjid terbabit.
“Imam yang menyaksikan perbuatan suspek itu kemudian memanggil beberapa penduduk lagi lalu mengepung suspek.
“Suspek kemudian dicekup dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan alat mengisar untuk memecah tabung masjid berkenaan.
“Selain itu, polis merampas beberapa peralatan yang digunakan suspek bagi melakukan kegiatan jenayahnya termasuk wang tunai,” katanya.
Noorzainy berkata, pemeriksaan terhadap identiti suspek mendapati bahawa individu itu mempunyai 17 rekod jenayah lampau.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini 'Toyol tua' kena cekup.... Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
