Sponsored
loading...

Warga emas sehidup semati

Warga emas sehidup semati

WANITA warga emas ditemui mati manakala lelaki dipercayai suaminya ditemui dalam keadaan cengkung dan hanya berbalut kain lusuh di sebuah rumah di Taman Delight , di Miri, petang semalam.
Lan Lin Mui, 68, ditemui meninggal dunia di dalam tandas manakala lelaki yang belum diketahui identitinya ditemui dalam keadaan cengkung dan hanya berbalut kain lusuh jam 6.20 petang.
Pasangan terbabit ditemui bomba yang datang ke lokasi bagi membantu memecahkan tombol pintu selepas menerima laporan penghuni terbabit tidak menjawab panggilan jirannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri kemudiannya dihantar ke lokasi bagi membantu memecahkan tombol pintu.
“Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berusia 70-an dalam keadaan terbaring di dalam bilik tengah.
“Hasil maklum jiran mendapati lelaki terbabit dipercayai lumpuh dan hanya tinggal berdua di rumah berkenaan,” katanya.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemui wanita warga emas terbaring di dalam tandas dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Katanya, mayat wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Warga emas sehidup semati. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top