Sponsored
loading...

Saya nak cuba buat rawatan alternatif

Awie buat rawatan alternatif

“ALHAMDULILLAH laporan kesihatan semuanya okey, cuma selepas ini saya nak cuba buat rawatan alternatif pula,” kata vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie berhubung tahap kesihatannya sekarang.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berharap dapat keluar hospital segera.
"Insya-Allah selepas ini nak cuba juga rawatan lain. Mana tahu ia boleh membantu," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu Awie dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang, Selangor sejak enam hari lalu selepas mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian atas perut, dada serta belakang badan.
"Sebelum ini saya mengalami fasa perut kembung hingga sesak nafas. Itu yang saya tak tahan dan terus dibawa ke hospital.
"Apabila dimaklumkan laporan kesihatan okey saya pun lega. Saya sudah boleh berjalan tetapi dalam keadaan lemah.
Ditanya sama ada penyakit itu ada kaitan dengan perkara mistik sepertimana yang pernah berlaku terhadapnya sebelum ini, Awie tidak menolak kemungkinan perkara itu.
"Saya tak nak tuduh sesiapa, tapi mungkin ada berkaitan dengan perkara sebegini," katanya.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Saya nak cuba buat rawatan alternatif. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top