SAN FRANCISCO: Wanita Yaman yang mendapat kebenaran khas Presiden Donald Trump tiba di Amerika Syarikat semalam, bagi bertemu bayi lelakinya berusia dua tahun yang sedang nazak.
Wanita itu, Shaima Swileh, sebelum ini tidak dapat ke Amerika bagi bertemu anaknya itu berikutan larangan perjalanan yang dilaksanakan Trump membabitkan enam negara, termasuk Yaman.
Shaima berjalan memasuki terminal ketibaan lapangan terbang di San Francisco, semalam, disambut sekumpulan penyokongnya.
Anak lelakinya, Abdullah Hassan, rakyat Amerika seperti bapanya, mengalami masalah genetik otak yang jarang berlaku dan kini hidup dengan bantuan mesin sokongan hayat di sebuah hospital di Oakland, California.
Selepas rayuan dipenuhi tangisan melalui televisyen oleh bapanya yang mencetuskan kecaman orang ramai terhadap dasar larangan perjalanan itu, Kedutaan Amerika di Kaherah mengeluarkan visa kepada Shaima yang tinggal sementara di Mesir.

GAMBAR ihsan Majlis Hal Ehwal Islam Amerika yang dirakam pada 16 Disember lalu menunjukkan Ali Hassan bersama anaknya, Abdullah yang kini bergantung kepada mesin sokongan hayat di Hospital Kanak-Kanak UCSF Benioff di Oakland. - AFP
Suaminya, Ali Hassan, yang amat bersyukur dengan perkembangan itu berkata, beliau kini bersedia mencabut mesin sokongan hayat anaknya.
Ketika kempen pilihan raya 2016, Trump berikrar menghalang umat Islam memasuki Amerika, bertentangan dengan Perlembagaan negara itu yang menjamin kebebasan beragama selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di California oleh pasangan Pakistan,
Selepas menjadi Presisen, Trump melarang kemasukan rakyat dari lima negara Islam iaitu Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yamen serta Korea Utara.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Pertemuan terakhir anak sedang nazak. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
