Sponsored
loading...

Masuk mesin pengisar akibat tergelincir

Masuk mesin pengisar akibat tergelincir

PEKERJA warga Indonesia parah selepas kakinya tersepit pada mesin pengisar barangan plastik di kilang kitar semula di Batu 23, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Ignasius Igo, 30, dikatakan sedang melakukan kerja mengisar menggunakan mesin berkenaan sebelum dia dipercayai tergelincir.
Bomba yang menerima laporan kejadian pada 11.40 pagi, menghantar satu jentera bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi untuk mengeluarkan kaki Ignasius.
Komander Operasi , Penolong Penguasa Bomba Zainal Elias Abdul Aziz ketika dihubungi NSTP, memaklumkan kerja mengeluarkan kaki mangsa mengambil sedikit masa kerana mereka terpaksa memotong mesin berkenaan terlebih dahulu.
"Kerja memotong mesin berkenaan mengambil masa lebih tiga jam kerana ia perlu dibuat secara berhati-hati kerana kita tidak mahu kecederaan pada kaki mangsa bertambah parah.
"Anggota kita menggunakan mesin khas seperti pemotong dan ‘spreader’ hidraulik untuk memotong mesin berkenaan dan selepas lebih tiga jam, kaki mangsa berjaya dibebaskan dan kita serahkan dia kepada pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Semenyih," katanya.
Katanya lagi, mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Masuk mesin pengisar akibat tergelincir. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top