POLIS masih menyiasat kemungkinan wanita warga Vietnam yang ditemui mati dalam keadaan bogel di sebuah rumah di Taman Duku, Juru, di Georgetown, semalam, adalah mangsa rogol.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sehubungan itu, pihaknya menggeledah lokasi kejadian dan sekitarnya untuk mencari senjata digunakan untuk membunuh mangsa.
“Ia (sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya), kini dalam siasatan.
“Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati kematiannya berpunca daripada luka akibat dikelar di leher si mati.
“Pakar Patalogi Hospital Seberang Jaya, P Chandroth turut menemui luka di jari kelingking dan kesan tikaman di dada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, misteri panggilan tidak berjawab selama dua hari akhirnya terungkai apabila Thi Thuong Nguyen, 26, ditemui maut di ruang tamu sebuah rumah di Taman Duku.
Sebelum itu, rakan senegara mangsa, Luong Thi Bac menghubungi Thuong Nguyen, namun tidak dijawab hingga mendatangkan kebimbangan sebelum menghubungi polis untuk siasatan.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Mangsa rogol atau tidak?. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
