Pisang kalau dah lembik dan hitam, ramai yang
geli nak makan betul tak?
Senang kata, jika kondisi pisang itu sudah
terlalu lembik pasti orang menganggapnya sudah tidak elok dan hanya layak untuk
dijadikan cekodok pisang semata.
Tetapi tahukah kamu, bintik-bintik hitam atau
tompok hitam pada pisang itu menandakan 1001 kebaikan buat tubuh badan kamu?
Semakin Banyak
Tompok Hitam Semakin Berkhasiat?
Tahukah kamu pisang ranum yang memiliki
banyak tompok hitam sebenarnya memiliki kandungan TNF-α
yang sangat tinggi? Kajian oleh pakar di Jepun juga menggalakkan kita
semua makan sebiji pisang sehari.
Fungsi TNF-α
umumnya adalah sejenis protein pengesan sel yang mampu mengawal kekebalan dalam
tubuh manusia seterusnya bertindak memulih keradangan dan kawasan jangkitan
yang terlibat dalam badan.
Ini seterusnya, akan bantu mengawal
penyebaran sel tumor dan menggalakkan keaktifan opoptosis iaitu sejenis sel
pembunuh (bantu bunuh sel kanser).
Faedah Lain
Makan Pisang “Bertahi Lalat”
Jangan salah faham, tompok hitam yang muncul
pada pisang itu adalah kerana keadaan buahnya yang semakin ranum dan
masak. Bukan sebab pisang tersebut sudah membvsuk tau?!
Untuk pengetahuan semua, ini faedah lain
makan pisang yang sudah terlalu masak korang kena tahu:-
- Lebih masak buah pisang, lebih
banyak tompok gelap, lebih kaya buah pisang tersebut dengan kandungan
antioksidan.
- Perut lebih mudah hadam pisang
yang masak
- Tompok hitam pada pisang menghasilkan sejenis elemen dipanggil Tumor Necrosis Factor (TNF) yang mampu membunuh kanser serta sel abnormal yang muncul dalam badan manusia.
Lebih Banyak
Tompok Hitam, Lebih Manis Isinya…
Sebab itu kalau perasan, penjaja-penjaja kuih
seperti penjual pisang goreng contohnya akan menggunakan pisang yang sudah
hitam. Ini kerana, pisang-pisang yang terlebih masak sebegitu akan memiliki
rasa yang lebih manis. Memang sedap dibuat kuih atau ramuan dalam masakan
seperti kek pisang, penkek, smoothie dan
lain-lain.
Jadi, lepas ni, kalau nak beli pisang tu…
cuba cari pisang yang sudah bertahi lalat. Untung-untung, korang boleh dapat
banyak faedah dengan memakannya. Jangan dibuang pula pisang tu kalau dah
bertompok nanti!
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.

