Sponsored
loading...

Kepala budak tersepit jeriji pintu

Kepala budak tersepit jeriji pintu

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun melalui detik cemas kira-kira setengah stick apabila kepalanya tersepit di jeriji pintu rumahnya di Bukit Godek, Semabok, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bermain dan memanjat jeriji pintu itu.

Panik kepala anaknya tidak dapat dikeluarkan, ibu mangsa berusia 40-a meminta bantuan anggota bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Penguasa Kanan Bomba II, Abd Rahim Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.17 pagi sebelum sepasukan enam anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba tempat kejadian anggota bomba mendapati seorang kanak-kanak berada di jeriji pintu kerana kepalanya tidak dapat dikeluarkan daripada lubang pintu besi terbabit.

"Anggota bomba mengambil masa 14 minit untuk mengeluarkan kepala mangsa dengan memotong pintu berkenaan menggunakan pemotong besi.

"Ketika kerja menyelamat dilakukan, kanak-kanak terbabit memberi kerjasama dengan ditenangkan oleh ibunya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Kepala budak tersepit jeriji pintu . Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top