KEDAI haiwan peliharaan di United Kingdom akan diharamkan daripada menjual anak kucing dan anak anjing bagi menghentikan aktiviti 'menternak' haiwan tersebut.
Jualan kucing atau anjing berusia kurang dari enam bulan oleh pihak ketiga adalah dilarang.
Ini bermakna pembeli mesti berurusan secara langsung dengan pembiak baka atau pusat pemulihan yang dibenarkan.
Langkah yang diumumkan oleh Jabatan Alam Sekitar Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Defra) itu dibuat mengikuti undian awam.
Sebanyak 95 peratus sokongan orang ramai diperoleh terhadap larangan tersebut.
Pelaksanaan itu mengikuti undang-undang baharu yang melarang penjual berlesen daripada meniagakan anak anjing dan anak kucing berusia kurang dari lapan minggembiak baka mengeluarkan haiwan peliharan pada jumlah yang tinggi. - Metro UK
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Kedai haiwan diharamkan jual anak kucing, anjing bermula tahun depan. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
