PENGGUNA media sosial di Indonesia heboh dengan perkahwinan pemandu pelancong warga tempatan dengan wanita Britain selepas gambar dan video pasangan berkenaan tular di media sosial, baru-baru ini.
Kompas.com melaporkan, Nur Khamid, 26, berkahwin dengan Polly Alexandrea Robinson, 21, dalam satu majlis sederhana di kampung lelaki itu di Dusun Gaten, Desa Ketunggeng, Magelang, Jawa Tengah pada Ahad lalu.
Nur Khamid yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Bali bertemu dengan Polly kira-kira dua tahun lalu sebelum wanita itu memeluk agama Islam dan berkahwin dengan kekasihnya itu.
Ibu Nur Khamid, Juwariyah berkata, pernikahan anak keduanya itu hanya dihadiri penghulu, jiran tetangga dan keluarga terdekat.
“Maharnya hanya peralatan solat, cincin dan beberapa kelengkapan lain. Wangnya masih belum diberi,” katanya sambil ketawa.
Ujarnya, pasangan berkenaan segera kembali ke Bali selepas bernikah kerana anaknya perlu bekerja.
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Kalau dah jodoh.... Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
