Bagaimanapun, Shafek ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia masih mempertimbangkan tawaran tersebut memandangkan kekangan masa yang sangat singkat untuk menyiapkan koleksi baharu.

“Kami kehilangan kata-kata apabila menerima e-mel daripada pihak penganjur. Hal ini kerana, jenama kami masih lagi baru dan tidak sangka pula pihak NYFW sudi untuk menawarkan slot untuk kami.
“Namun, kami masih belum memutuskan sama ada mahu menerima atau tidak memandangkan masalah kekangan masa. Jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana,” kata Shafek.
Neonate Clothing merupakan jenama fesyen jalanan yang dibangunkan oleh Shafek pada 2014. - K! ONLINE