Sponsored
loading...

Hukuman penjara akibat jumpa kekasih hati yang dikenalinya melalui Facebook

Hukuman penjara akibat jumpa kekasih hati

Seorang lelaki warganegara India telah dilepaskan dari hukuman penjara selama 6 tahun di Pakistan selepas dia memasuki negara itu untuk bertemu dengan kekasih hatinya yang dikenalinya melalui laman Facebook.
Hasrat Hamid Nehal Ansari, 33  masuk ke Pakistan secara haram dari Afghanistan pada tahun 2012 untuk berjumpa dengan wanita itu bertukar menjadi episod ngeri apabila polis Pakistan telah pergi ke rumah wanita tersebut dan menahannya.
Dia ditahan atas kesalahan pengintipan dan pengubahan dokumen haram.
Ketika hari pembebasannya, Hamid yang pernah berkerja jurutera disambut ibunya di sempadan Pakistan-India dan melakukan sujud sejurus dilepaskan oleh pihak berkuasa Pakistan.
Hukuman penjara akibat jumpa kekasih hati yang dikenalinya melalui Facebook
Dia kini mahu memulakan perniagaan, berkahwin dan membina kehidupannya selepas episod hitam tersebut.
Hamid juga sempat menasihatkan untuk tidak berkenalan dan jatuh cinta dengan seseorang di laman sosial kerana baginya ia membawa akibat yang buruk seperti yang dilaluinya.
“Jangan terlalu bermain perasaan dengan orang yang baru dikenali sehingga jatuh cinta melalui laman sosial seperti Facebook,” ujarnya yang dipetik dari laporan beritan tempatan.
Pakistan dan India sering terlibat dalam konflik sejak mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947. Dua negara ini saling menahan rakyat mereka atas tuduhan mengintip.
Sumber: Dailymail
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Hukuman penjara akibat jumpa kekasih hati yang dikenalinya melalui Facebook. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top