Gotong- royong tersebut merupakan inisiatif sendiri dilakukan penduduk berikutan benteng batu yang dibina sejak dua tahun lalu tidak berfungsi dengan sepatutnya.
Akibatnya, air laut melimpah masuk ke dalam rumah mereka sehingga merosakkan harta benda.
Seorang penduduk, Rameli Idris , 58 berkata, kejadian ombak besar pada musim tengkujuh ini menyebabkan lima buah keluarga yang terlibat berasa bimbang dan takut.
“Kini dinding rumah kami sudah retak dan mungkin akan runtuh akibat dihentam ombak. Rumah saya hanya dua meter dari benteng sedia ada.
“Apabila musim tengkujuh air pasang dan disusuli ombak besar melimpah masuk ke dalam rumah. Benteng batu yang dibina itu terlalu rendah tidak dapat menahan ombak dan kami terpaksa membina sendiri benteng pasir untuk menghalangnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, dia kini bimbang setiap kali ombak besar dan air pasang berikutan rumah yang terlalu dekat dengan laut.
"Jika terjaga dari tidur akan kedengaran bunyi ombak kuat menghempas pantai. Saya berharap pihak yang berkenaan turun dan melihat sendiri keadaan penduduk ini,” katanya. - K! ONLINE
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Gotong-royong bina benteng tahan ombak besar. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
