Sponsored
loading...

Genting Akan Tetap Dibuka Januari 2019 Walau Berdepan Tuntutan Bilion Ringgit

Genting Akan Tetap Dibuka Januari 2019 Walau Berdepan Tuntutan Bilion Ringgit

Sebelum ini, Genting Malaysia Berhad bertindak menyaman pihak Walt Disney Co. dan 21st Century Fox Inc. selepas didakwa melanggar kontrak sebanyak RM4 bilion bagi menaja taman teman Fox World di kompleks Resort World Genting.
Genting menuntut lebih 1 bilion dolar kerugian selepas pihak Disney menarik diri untuk terlibat dan membiarkan taman tersebut sehingga kini masih tidak siap sepenuhnya.
Taman tema tersebut dikatakan menampilkan replika hebat daripada animasi filem dibawah Fox termasuk Ice Age, Rio dan Planet of The Apes.
Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Genting Malaysia Berhad dalam satu temubual memberitahu bahawa taman teman itu akan tetap dibuka mengikut jadual iaitu pada Januari tahun hadapan.
Khabar angin yang mengatakan beberapa syarikat besar ingin mengambil alih taman tema itu seperti Universal dan Six Flags turut tidak dapat disahkan setakat ini.
Sumber: Yahoo
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Genting Akan Tetap Dibuka Januari 2019 Walau Berdepan Tuntutan Bilion Ringgit. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top