Sponsored
loading...

Air laut surut, tsunami datang...

Air laut surut, tsunami datang...

“Saya melihat air laut dengan ombak kuat tiba-tiba menjadi terlalu surut dan beberapa minit kemudian ia naik mendadak disusuli dengan tsunami,” cerita seorang penduduk, Kamila Aprianti yang terselamat dalam bencana tsunami yang melanda bandar ini, semalam.
Kamila, 18, berkata sebelum tsunami melanda, dia berada di tepi pantai berhampiran Hotel Marina Anyer dan melihat ombak ketika itu agak kuat.
“Secara tiba-tiba ombak terus hilang dan air laut menjadi terlalu surut. Ketika itu, saya langsung tidak terlintas dalam fikiran bahawa akan berlaku perkara buruk.
“Bagaimanapun, selang 10 minit kemudian ombak besar tiba-tiba melanda dan air laut terus melimpah hingga ke perkarangan hotel,” katanya kepada Tribun News.
Katanya, kejadian itu menyebabkan dia bersama bersama rakan dan pengunjung hotel terus melarikan diri dari pantai.
“Saya melihat penduduk panik sambil menjerit ‘tsunami, tsunami’ manakala keadaan jalan raya sudah ditenggelami. Ramai yang berlari dan memandu kenderaan masing-masing menuju ke arah bukit,” katanya.
Kamila menyelamatkan diri ke rumahnya di Kampung Kosambi, Kecamatan Cinangka, Serang yang terletak kira-kira 500 meter dari hotel. - Agensi
👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini Air laut surut, tsunami datang.... Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top