Sponsored
loading...

30 kenderaan tidak dapat bergerak selepas isi minyak di PETRONAS

30 kenderaan tidak dapat bergerak selepas isi minyak di PETRONAS

Pagi tadi, dilaporkan lebih 30 kenderaan tidak dapat bergerak berhampiran Kilometer 7 di Lebuhraya Sungai Besi. kesemua kenderaan berkenaan telah menghadapi masalah enjin setelah dikatakan mengisi minyak di sebuah stesen minyak PETRONAS.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan berkata “Kami sudah menghubungi pelanggan yang terjejas, mengambil langkah-langkah yang perlu dan akan membayar ganti rugi dengan sewajarnya,”.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa stesen PETRONAS lain tidak terjejas,” katanya.

30 kenderaan tidak dapat bergerak selepas isi minyak di PETRONAS

👍☺ Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini 30 kenderaan tidak dapat bergerak selepas isi minyak di PETRONAS. Semoga Bermanfaat Dan Jangan Lupa Berkongsi Untuk Perkembangan Blog Ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda :
Sponsored
loading...
Back To Top